Friday, November 8, 2013

going back to kota metropolitan

bismillah..:-)  alhamdulillah.. segala pujian dan syukur atas ap jua nikmat yang dikurnialan..  xda apa nk ceritakan,.. tapi semalam mcm biasa kami sekeluarga keluarga pergi jalan dan makan2 kat luar. xda nak shopping ap sgt pon sebenarnya.. just cuci mata n bg exercise kaki sikit ;) tu lah aktiviti keluaga kami bila semua atau hampir semua berkumpul di rumah. sejak mak xda, cam tu lah. balik ni rasa teringt jg pada arwah mak. mg arwah mak berbhagia dan dtempatkan bersama org soleh. rasa mcm baru je, tp dah setahun lebih masa berlalu. dan semuanya agk berubh. bgaimana diri mengurus kehidupan, perasaan dan sebagainya. semuanya bagai tersembunyi seribu satu hikmah yang mgkin banyak lagi tiada tersingkap.. ap2 pun moga hidup dapt diteruskan dlm menggapai keredhaan Allah dan perbaiki diri itu perlu ad sepanjang waktu.. acapkai diri kita dlm kelalaian kan? n jgan lupa hargai perasaan org tersayang yg masih ada, especially mak dan ayah. sbb tu lepas mak xda, klu ad kawan ada cerita something sal mak dan ayah, pesanan sy jgn trlalu sibuk dengan sesuatu komimen hinggakan ibu dan ayah dilupakan. ingat ye :) saya pun masih ad ayh yang kena jaga, jom kita cuba sedaya upaya menjadi anak yang soleh dan solehah.. walupun kadang2 diakui mudah dituturkan drpd melakukan. tp jom berusaha yuk! mlm ni bakal bertolak ke kl dgn kaklong tercinta. balik ni ada bbrapa ujian dan test.. rasanya dalm 4@5 paper.. dan juga pembentangan. doa sangat dipermudahkan dan dapat kumpul kekuatan utk ot (overtime)study.. huhu.. biiznillah. cuba kuatkan semangat dan menghargai belajar dalam kos pengajian ISLAM dan sains. Alhamdulillah dapat meneruskan 2 bidang pengjian dan beroleh ilmu dalam kedua dua bidang. namun diri masih perlu banyak berusaha.. masih ada 4 sem termasuk sem sekarang. perlu lebih banyak usaha dan pemantapan jua penguasaan ilmu. mohon doanya ya. Moga ALLAH redha kita. amin.. :-)hasil nukilan 9nov'13@1:28pm@jitrahome

Thursday, November 7, 2013

ALHAMDULILLAH A'LA KULLI HAL..


Sekarang bakal berakhir cuti pertengahan Sem 1 ataupun sem 5, dan lepas ni akan bertambah sibuk dengan komitmen study. Cuak memandangkan akan berhadapan beberapa mid sem test. Harap dapat do well nanti dan dapat berusaha lebih keras untuk memastikan dapat keputusan peperiksaan yang lebih baik.

Saja meletakkan gambar berkenaan hadis NIAT itu. Sebenarnya untuk peringatan diri sendiri dalam apa jua perkara yang dilakukan terutama dalam nak mengambil semangat untuk belajar bersungguh- sungguh. Memang tak dapat dinafikan kadang- kadang rasa terlalu banyak komitmen yang diperlukan, namun mengharapkan kekuatan dan pertolongan dari Allah, moga Allah memudahkan urusan saya dan anda semua dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Hari ini hari Jumaat dah, dan insya- Allah esok malam akan bertolak kembali ke Kuala Lumpur untuk masuk balik pengajian lepas cuti pertengahan semester. Cepat je masa berlalu kan? Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

to be continue,,

# actually, pagi ni tersilap delete post yang pernah dipublishkan. Sob3.. :( Kesilapan teknikal.

At home in Jitra, 10:27 pagi, 8 November 2013.




Tuesday, March 15, 2011

ketenangan hati..payahnya digapai

acap kali diuji ,dah mudah melatah...apakah kamu mengira kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji...Kuatkah kala di uji..serabut fikiran,,apa harus dilakukan..mengadu lah kepada-Nya..kuatkan hati ini..tak mampu menahan apabila diri ini sudah mengeluh..x kuat langsung utk diuji padahal bercita-cita tinggi utk menjadi orang bersabar,,baru kecil di uji,,sudah bergelora kesabaran dan keimanan..kuatkan Ya Allah..

Thursday, March 10, 2011

sTatUs BloG : KtaBahaN+KeTahAnaN=ReSipi KeJAyaAn


assalam..

alhamdulillah atas kesempatan dan nikmat yang dianugerahkan buat hamba-Nya...semoga semoga pengalaman manis dan pahit memberi sejuta satu makna buat diri seorang hamba yang cuba mengejar Redha Ilahi..KEKUATAN DARI ALLAH,acap kali diri ini seolah-olah melupakan ayat yang selalu dinukilkan..

ApA PeRkOngSiaN kALi INi???.
  • jaulah KLCC sesama sahabat APIDS
  • turut serta dalam aktiviti dakwah lapangan 
Satu pengalaman yang baru dapat join program ke lapangan masyarakat .turut disertai wani, kauthar dan shafiqah. kami dibahagikan kumpulan dan kemudian mendekati pelbagai golongan masyarakat di sekitar Masji as-Syakirin. A good experience dan berkenalan juga dengan saudari Sary Anderson, seorang wanita Indonesia yang sedang bercuti dengan keluarganya. Dan tidak dilupakan, turun padang di beberapa lokasi homeless dan golongan pinggiran. Kehadiran peserta yang mendekati golongan pinggiran sebenarnya memberi pengalaman yang menarik dan medalami perasaan mereka di Chow Kit.
  • kesibukan persediaan MALAM EMAS PASUM
Peluang menjadi anak buah biro Protokol gave me a thousands of memory dan pengalaman baru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sangat bez bekerja dengan sahabat PASUM dan APIDS. Tahniah buat dulang girl, shi, wani dan Hadi khususnya dan JKP dan sahabat PASUM. nIce To Be With All Of u..

PrOGram Icon Di NiLam PuRI


hm..sekarang juga tengah berlangsung program icon kat np.maaf x dapat pergi.nak g juga. dgr kata ada sembelihan.tp ada musyaqqah juga. Moga sahabat NP dapat manfaat dan pengalamn manis sebelum berakhir stadi di Np. Buat afiqah razali, sori deh x dapat g,thanks tnya dan jg buat rois..semoga ukhuwah kita diteruskan di KL ya sahabat..Doakan kami semua utk exam. titipan doa jgn dilupakan.(",)



PePErAnGAN DAlaM DIRi !!

fiNal ExAm Is AroUND Me!!

Segala kesibukan semakin hilang. Tiba masa pula untuk fokus pada pelajaran.Hanya 3 minggu lagi exam.hm..cuak juga. Adik2 PASUM dan x ketinggalan sahabat APIDS telah mengasah peralatan perang(",)..Aku perlu turut berjuang kadang2 semangat ini turun naik..mungkin Allah nak tengok sejauh mana hamba-Nya bertawakal kan.FAiza azamta fatawakkal a'lallah.sob2.

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN!! Doakan kejayaan kita bersama..mg di saat kita menadah tangan, kita tidak lupa untuk mendoakan sahabat2.

Kepada sahabat Apids selamat berjaya dan doakan kami yer.syukron kepada sahabat yang banayk membantu shafiqah,awie,shi,wani ku (",) dan sume2 yang banyk membantu,doakan kami terus kuat berjuang walau banyak kelemahan...moga kalian berjaya di dunia dan akhirat.
amin~

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA!!



* maaf klu terlebih panjang atau pendek. Ikut hati, mahu panjang lagi.tapi takut boring pula..(",)..(bak kata zawani)

Akhir kata, salam perjuangan !!
assalam.

Wednesday, February 2, 2011

KEmaTiaN yaNg DatAng MenYapa..aDaB ZiaRaH..


assalam sahabat,,

sedikit perkongsian sebelum malam melabuhkan tirainya. Hari ni tok cik yakni adik kepada tok sebelah ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Moga Allah merahmati rohnya tok cik dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.sempat aku berkunjung tadi di Jabi bersama mak, Tiah dan Lang dan mengingatkan kematian yang datang menjemput kita. Moga di kala itu kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan soleh sebagai bekalan....sedikit info, dari INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

MENZIARAHI KEMATIAN/JENAZAH.

Umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan bersabar menghadapi ketentuan Ilahi.

al-Imam Syafie menjelaskan bahawa sunat memberi ucapan takziah kepada kaum kerabat si mati, ahlinya yang tua san yang muda, lelaki dan perempuan. Tetapi bagi perempuan yang muda tidak sunat diberi ucap takziah, kecuali oleh saudara yang diharamkan nikah dengannya(mahramnya).

LAFAZ TAKZIAH

sunat kita mengucapkan ucapan takziah yang membawa maksud :

" semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang berganda, mengelokkan kelembutan hatimu, dan mengampunkan orang yang mati daripada kalangan kamu."

WAKTU TAKZIAH

^^ setelah meninggal sehinggalah dikebumikan

^^ setelah dikebumikan sehinggalah tiga hari. selepas itu makruh mengucapkan takziah

^^ Imam Syafie berpendapat bahawa takziah sebelum dikebumikan dan sesudahnya adalah diharuskan tetapi selepas dikebumikan adalah afdhal

~fastabiqul khoirot~

assalam

Tuesday, February 1, 2011

3 perkara uji kesabaran

Assalam..mahu meneruskan titipan perkongsian pengalaman di blog yang sudah usang yang lama tidak ku sentuh di laman yang penuh sesawang ini..(",)
      
alhamdulillah sudah rasa tidak terhitung nikmat yang dikurniakan Allah buat diriku..segala syukur dipanjatkan..alang2 sudah lama tidak ku menulis,sekadar perkongsian selama mana aku tidak menulis banyak perkara yang aku kongsikan di mana aku ditarbiyah Allah secara langsung,,tapi mungkin ia tidaklah seberat penderitaan sahabat-sahabat di luar sana.

MISTERI KEHILANGAN DOMPET
 Peristiwa pertama di mana dompetku di bumi Kelantan tika mengadakan program Raudhah bersama-sama adik2.Aku pun tidak mendengar khabar berita tentang dompet itu,,namun kehilangan dompetku itu membuatkan ku mendapat satu tarbiyah ketika tiada duit ..hal ini lantaran kelewatan ku khabarkan kepada mak ku.kerana cuak.Namun pengalaman itu membuatkan aku mendapat pengalaman dan ilmu baru dan menguji kesabaran.bak kata ustaz amir,,pengalaman itu pun satu ilmu.klu tidak aku tak kan tahu apa tindakan patut aku buat jikalau masalah sama berlaku pada sesiapa jua. Terima kasih kepada kak im dan  kak adah yang membantuku ,biiznillah.

KEHILANGAN TOK KU TERCINTA.
tanggal 21 Disember tok ku , allahyarhamah Bedah Binti Mustafa telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ku doakan moga Allah menempatkan tok bersama golongan soleh-solehah dan dicucuri rahmat. Sebelum tok menghembuskan nafas, aku selamat sampai di Kedah dan melihat tok di ICU,KMC. Namun, aku tidak sempat bercakap dengan tokku kerana keadaannya yang kritikal. Dan aku sendiri memang tak menduga keadaan tok sedemikian rupa......sayangi lah dan hargailah mereka yang masih berada di sisi kita,,,Insya-Allah.

LAPTOP YANG ROSAK LAGI.
laptop yang kuduga masih panjang umurnya tiba-tiba tak dapat berfungsi, Alangkah susahnya hati sedangkan laptop itu baru dirawat di kedah sebelum aku memulakan sem baru,,tapi hati terpaksalah bersabar. kerosakan laptop yang berlaku sebenarnya tak dirawat dengan segera lantaran kegawatan ekonomi..(biasiswa tak masuk lagi)(".) hampir dua minggu aku memerap laptop itu di dalam beg sehingga lah tiba masa pulang ke kedah.(",)
sekarang laptop itu bakal dirawat,,mg ia cepat sembuh dan dapat digunakan lagi.amin~

rasa itu sahaja dapat dikongsikan.ahad ini akan kembali ke kl..sebelum pulang,menanti juga kenduri arwah tok Jumaat ini..moga aku juga dapat meningkatkan amal dan bekalan diri sebelum nyawa dicabut kembali oleh Dia Yang Berkuasa.

~fastabiqul khoirat~

assalam...

let us be the Ghuraba'

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.