Wednesday, February 2, 2011

KEmaTiaN yaNg DatAng MenYapa..aDaB ZiaRaH..


assalam sahabat,,

sedikit perkongsian sebelum malam melabuhkan tirainya. Hari ni tok cik yakni adik kepada tok sebelah ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Moga Allah merahmati rohnya tok cik dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.sempat aku berkunjung tadi di Jabi bersama mak, Tiah dan Lang dan mengingatkan kematian yang datang menjemput kita. Moga di kala itu kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan soleh sebagai bekalan....sedikit info, dari INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

MENZIARAHI KEMATIAN/JENAZAH.

Umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan bersabar menghadapi ketentuan Ilahi.

al-Imam Syafie menjelaskan bahawa sunat memberi ucapan takziah kepada kaum kerabat si mati, ahlinya yang tua san yang muda, lelaki dan perempuan. Tetapi bagi perempuan yang muda tidak sunat diberi ucap takziah, kecuali oleh saudara yang diharamkan nikah dengannya(mahramnya).

LAFAZ TAKZIAH

sunat kita mengucapkan ucapan takziah yang membawa maksud :

" semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang berganda, mengelokkan kelembutan hatimu, dan mengampunkan orang yang mati daripada kalangan kamu."

WAKTU TAKZIAH

^^ setelah meninggal sehinggalah dikebumikan

^^ setelah dikebumikan sehinggalah tiga hari. selepas itu makruh mengucapkan takziah

^^ Imam Syafie berpendapat bahawa takziah sebelum dikebumikan dan sesudahnya adalah diharuskan tetapi selepas dikebumikan adalah afdhal

~fastabiqul khoirot~

assalam

No comments:

Post a Comment

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.