Tuesday, February 1, 2011

3 perkara uji kesabaran

Assalam..mahu meneruskan titipan perkongsian pengalaman di blog yang sudah usang yang lama tidak ku sentuh di laman yang penuh sesawang ini..(",)
      
alhamdulillah sudah rasa tidak terhitung nikmat yang dikurniakan Allah buat diriku..segala syukur dipanjatkan..alang2 sudah lama tidak ku menulis,sekadar perkongsian selama mana aku tidak menulis banyak perkara yang aku kongsikan di mana aku ditarbiyah Allah secara langsung,,tapi mungkin ia tidaklah seberat penderitaan sahabat-sahabat di luar sana.

MISTERI KEHILANGAN DOMPET
 Peristiwa pertama di mana dompetku di bumi Kelantan tika mengadakan program Raudhah bersama-sama adik2.Aku pun tidak mendengar khabar berita tentang dompet itu,,namun kehilangan dompetku itu membuatkan ku mendapat satu tarbiyah ketika tiada duit ..hal ini lantaran kelewatan ku khabarkan kepada mak ku.kerana cuak.Namun pengalaman itu membuatkan aku mendapat pengalaman dan ilmu baru dan menguji kesabaran.bak kata ustaz amir,,pengalaman itu pun satu ilmu.klu tidak aku tak kan tahu apa tindakan patut aku buat jikalau masalah sama berlaku pada sesiapa jua. Terima kasih kepada kak im dan  kak adah yang membantuku ,biiznillah.

KEHILANGAN TOK KU TERCINTA.
tanggal 21 Disember tok ku , allahyarhamah Bedah Binti Mustafa telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ku doakan moga Allah menempatkan tok bersama golongan soleh-solehah dan dicucuri rahmat. Sebelum tok menghembuskan nafas, aku selamat sampai di Kedah dan melihat tok di ICU,KMC. Namun, aku tidak sempat bercakap dengan tokku kerana keadaannya yang kritikal. Dan aku sendiri memang tak menduga keadaan tok sedemikian rupa......sayangi lah dan hargailah mereka yang masih berada di sisi kita,,,Insya-Allah.

LAPTOP YANG ROSAK LAGI.
laptop yang kuduga masih panjang umurnya tiba-tiba tak dapat berfungsi, Alangkah susahnya hati sedangkan laptop itu baru dirawat di kedah sebelum aku memulakan sem baru,,tapi hati terpaksalah bersabar. kerosakan laptop yang berlaku sebenarnya tak dirawat dengan segera lantaran kegawatan ekonomi..(biasiswa tak masuk lagi)(".) hampir dua minggu aku memerap laptop itu di dalam beg sehingga lah tiba masa pulang ke kedah.(",)
sekarang laptop itu bakal dirawat,,mg ia cepat sembuh dan dapat digunakan lagi.amin~

rasa itu sahaja dapat dikongsikan.ahad ini akan kembali ke kl..sebelum pulang,menanti juga kenduri arwah tok Jumaat ini..moga aku juga dapat meningkatkan amal dan bekalan diri sebelum nyawa dicabut kembali oleh Dia Yang Berkuasa.

~fastabiqul khoirat~

assalam...

2 comments:

  1. Ujian juga satu didikan buat diri..moga tabah tempuhinya.

    ReplyDelete
  2. didikan buat diri utk lebih kuat..Insya-Allah..syukron

    ReplyDelete

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.