Wednesday, February 2, 2011

KEmaTiaN yaNg DatAng MenYapa..aDaB ZiaRaH..


assalam sahabat,,

sedikit perkongsian sebelum malam melabuhkan tirainya. Hari ni tok cik yakni adik kepada tok sebelah ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Moga Allah merahmati rohnya tok cik dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.sempat aku berkunjung tadi di Jabi bersama mak, Tiah dan Lang dan mengingatkan kematian yang datang menjemput kita. Moga di kala itu kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan soleh sebagai bekalan....sedikit info, dari INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

MENZIARAHI KEMATIAN/JENAZAH.

Umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan bersabar menghadapi ketentuan Ilahi.

al-Imam Syafie menjelaskan bahawa sunat memberi ucapan takziah kepada kaum kerabat si mati, ahlinya yang tua san yang muda, lelaki dan perempuan. Tetapi bagi perempuan yang muda tidak sunat diberi ucap takziah, kecuali oleh saudara yang diharamkan nikah dengannya(mahramnya).

LAFAZ TAKZIAH

sunat kita mengucapkan ucapan takziah yang membawa maksud :

" semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang berganda, mengelokkan kelembutan hatimu, dan mengampunkan orang yang mati daripada kalangan kamu."

WAKTU TAKZIAH

^^ setelah meninggal sehinggalah dikebumikan

^^ setelah dikebumikan sehinggalah tiga hari. selepas itu makruh mengucapkan takziah

^^ Imam Syafie berpendapat bahawa takziah sebelum dikebumikan dan sesudahnya adalah diharuskan tetapi selepas dikebumikan adalah afdhal

~fastabiqul khoirot~

assalam

Tuesday, February 1, 2011

3 perkara uji kesabaran

Assalam..mahu meneruskan titipan perkongsian pengalaman di blog yang sudah usang yang lama tidak ku sentuh di laman yang penuh sesawang ini..(",)
      
alhamdulillah sudah rasa tidak terhitung nikmat yang dikurniakan Allah buat diriku..segala syukur dipanjatkan..alang2 sudah lama tidak ku menulis,sekadar perkongsian selama mana aku tidak menulis banyak perkara yang aku kongsikan di mana aku ditarbiyah Allah secara langsung,,tapi mungkin ia tidaklah seberat penderitaan sahabat-sahabat di luar sana.

MISTERI KEHILANGAN DOMPET
 Peristiwa pertama di mana dompetku di bumi Kelantan tika mengadakan program Raudhah bersama-sama adik2.Aku pun tidak mendengar khabar berita tentang dompet itu,,namun kehilangan dompetku itu membuatkan ku mendapat satu tarbiyah ketika tiada duit ..hal ini lantaran kelewatan ku khabarkan kepada mak ku.kerana cuak.Namun pengalaman itu membuatkan aku mendapat pengalaman dan ilmu baru dan menguji kesabaran.bak kata ustaz amir,,pengalaman itu pun satu ilmu.klu tidak aku tak kan tahu apa tindakan patut aku buat jikalau masalah sama berlaku pada sesiapa jua. Terima kasih kepada kak im dan  kak adah yang membantuku ,biiznillah.

KEHILANGAN TOK KU TERCINTA.
tanggal 21 Disember tok ku , allahyarhamah Bedah Binti Mustafa telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ku doakan moga Allah menempatkan tok bersama golongan soleh-solehah dan dicucuri rahmat. Sebelum tok menghembuskan nafas, aku selamat sampai di Kedah dan melihat tok di ICU,KMC. Namun, aku tidak sempat bercakap dengan tokku kerana keadaannya yang kritikal. Dan aku sendiri memang tak menduga keadaan tok sedemikian rupa......sayangi lah dan hargailah mereka yang masih berada di sisi kita,,,Insya-Allah.

LAPTOP YANG ROSAK LAGI.
laptop yang kuduga masih panjang umurnya tiba-tiba tak dapat berfungsi, Alangkah susahnya hati sedangkan laptop itu baru dirawat di kedah sebelum aku memulakan sem baru,,tapi hati terpaksalah bersabar. kerosakan laptop yang berlaku sebenarnya tak dirawat dengan segera lantaran kegawatan ekonomi..(biasiswa tak masuk lagi)(".) hampir dua minggu aku memerap laptop itu di dalam beg sehingga lah tiba masa pulang ke kedah.(",)
sekarang laptop itu bakal dirawat,,mg ia cepat sembuh dan dapat digunakan lagi.amin~

rasa itu sahaja dapat dikongsikan.ahad ini akan kembali ke kl..sebelum pulang,menanti juga kenduri arwah tok Jumaat ini..moga aku juga dapat meningkatkan amal dan bekalan diri sebelum nyawa dicabut kembali oleh Dia Yang Berkuasa.

~fastabiqul khoirat~

assalam...

let us be the Ghuraba'

Saturday, November 13, 2010

perjalanan hari ini..13 NOV 2010



salam buat sahabat sekalian..rasa hendak berkongsi sesuatu..





hari lahir sahabatku..syu


alhamdulillah ..hari ini merupakan hari lahir sahabatku noorsyuhahadah binti mohd ibrahim.mg Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya buat syu..moga terbaik syu dalam kita meraih redha-Nya..amin~








perasaan..(bukan perasan)


ha..hari ni tolong mak sikitk keja kat rumah..maap mak noh apa2 yang kurang..cik akan terus berusaha(",)..raya haji kali ni x tau nak rasa ap,tp alhamdulillah kaklong pon nak blik kedah.abang ja x balik.gheja elok2 noh abang..








p tempat bersejarah,sbpikp


Sebenaqnya nak share pasal kesempatan dapat p sekolah ari nie..x pa noh loghat kedah pekat sikit..baghu puas..he.





alhamdulillah td dalam kol 2 petang lebih p uum , amik adik n then p sek..nie yang bez walau p sat ja..p plak waktu ari sabtu, mana nak jumpa sap..huhu.tp alhamdulillah..hajat adik p sekolah nak jumpa adik dorm yakni farah afina..sebelum tu adik dah tepon ustazah jailah nak mai ziarah sat, tepon cikgu saidah x dapat plak..tp harap kita jumpa nant ya cikgu.insya-Allah.








jumpa ustazah jailah mambong


sampai kat sekolah terus p umah ustazah kat kuarters guru..tengok sekolah x banyak berubah selain pak cik guard yang dah tukaq orang(",)..kat depan tu dah semakin membangun lepas hutan2 kat depan tu menghembuskan nafas terakhir,kesian gak kat monyet2..sabaq noh,,itulah tangan manusia..rasa gembira dapat jumpa masuk ustazah jailah mambong..didikan beliau dulu masih tersemat di hati..lepas kami beerdua salam ngn ustazah,masing2 berkongsi.tanya jugak ustazah macam mana sekolah sekarang..





cuma yang dapat ku sematkan pesan ustazah, lepas kita dah blajaq meh kita wat something tok sumbang kat sekolah..buat perkongsian ngn adik2 ka..agar depa nampak cabaran besaq lagi masa depan n behave themselves well..bukan pas sekolah,buat reunion ja..tapi wat something yang dapat menyumbang kepada pembentukan diri adik2 junior..hm.terasa juga,balik cuti ni x plan pa2 pun..maaf ustazah.mg nnt kami dan sahabat2 len sempat wat program tok adik2 especially tok membantu guru2 semaikan akhlak yang baik dalam diri semua.nak dekat sejam gak dok kat umah ustazah,pastu kami pon minx izin ustazah utk berundur diri..almaklumlah ayah dah tunggu..nak drive sendiri, ayah x bagi..x pa 2x.ada hikmahnya..(";)





adik2 juniorku..


waktu nak on the way nak p kat keta, keluarlah adik2 dari asrama nak p musolla,alhamdulillah sempat jumpa adik2 juniorku yang skang sudah membesar menjadi form 5..he..jumpa hasanah,chik,nang,saadah, n len2..maap x dapat nak tulis suma..suma dah nak amek SPM, wat elok2 yer,,kakak n kak adik doakan yang terbaik,mg kalian dipermudahkan Allah..amin~











jumpa cikgu rizalman


jumpa cikgu add math yang pernah mengajarku form 4 n form 5..cikgu seorAng yang academician.banyak yang disoalku mengenai akademik, terutama tentang APIDS..panjang ceritanya cikgu..tanya plak lepas nie gheja apa..payah ku nak jawab..yang senang ku jawab pegawai sains walau ada perubahan sikit courseku ni compare hok batch atas ku (",) . dalam hatiku, dah macam2 pikir tapi moga Allah memudahkan jalan ini..aku harus lebih pulon kali nie..insya-Allah..tiada dayaku dengan izin ALLAH jua..tapi ku harap doa cikgu terus mengiringi langkah anak2 didikmu...Teima kasih cikgu,,sempat ku ucapkan pada cikgu before berlepas pulang(",)





x lupa juga kepada semua guru2ku yang telah banyak mendidikku,,hanya Allah dapat membalas jasa kalian..doakan kami sume anak didikmu..








hm..rasa ada g nak dicoretkan,tapi moleknya ku berhenti dahulu..almaklumlah menumpang laptop adik..tq dik..sori no..sabaq sat ngan kakak..ok, doakan kita suma..MOGA KITA SAMA2 CARI REDHA ALLAH..


Monday, November 8, 2010

Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

SeCoReT PENUliSAn BuAt tAtApAn..


alhamdulillah,dapat sampai jitra dengan selamat hari ini..syukur,,ari ni sempat beli surat khabar setelah sekian lamanya..penting juga utk tau isu semasa,,,kan?cm kadang2 x curi kesempatan ja.minggu exam selama 2 mggu telah berlalu ,,hanya bertawakal kepada Allah walaupun agak terrujiwaktu nak menjawabnya..mg dapat redha di saat dapat nanti.sem 2 pun dah x lama dah.mg ia lebih baik dari sem 1,kena pulon lagi.


dalam 2 minggi terasa lapang kerana dah berakhir exam tapi moga dapat manfaatkan masa yang ada,banyak nak dicoretkan tapi x sempat ja n x bajet pon masa,alhamdulillah hari tu dapat jumpa sahabat np n bertanya khabar walaupun hanya melalui telefon dan mesej.mg ukhuwwah kita mendapat redha-NYA.insya-Allah.

tiba2 blur nak kongsi per g tapi jom sama2 kita manfaatkan masa kita..Insya-Allah..

Wednesday, September 15, 2010

dua tiga perenggan coretan....

assalamuailaikum..sedikit coretAN dan perkongsian setelah berakhirnya RAMADHAN KAREEM dan menjelang beredar perginya Syawal..




cuti 2 minggu rasanya hampir berlalu pergi..masa yang ada alhamdulillah dapat diluangkan untuk berkunjung-kunjungan dengan sahabat handai dan keluarga (walau x ramai pon) di samping cuba menyelesaikan tugasan yang masih berbaki.memang diakui cabaran tetap ada tapi kesempatan yang masih ada sebelum pulang ke KL dapat dimanfaatkan.







gambar ini ketika beberapa orang sahabat SBPIKP datang beraya ..syukron kepada sahabat yang sudi datang beraya..
(aqmar,khod,wan nabilah,aliyah,arliza, mat tau, lokman dan harifadilah)



















gambar nie pula ketika tangkap gambar beramai2 ketika berkunjung ke rumah terbuka Madam Faridah dan juga Aliyyah.





kaklong n abang pon alhamdulillah dah selamat sampai di KL.semoga terus bekerja dengan cemerlang dengan izin ALLAH. Moga ALLAH sentiasa melimpahkan kurniakan petunjuk, taufiq dan hidayah-NYA buat kita 5 adik-beradik. kepada sahabat APIDS , moga kita dapat terus berjuang menuntut ilmu di PASUM yang mencabar(",) harap dapat bantu ana juga yer sahabat.doakan tok ana sembuh dan sihat juga,,amin~

tangan ini rasa banyak lagi nak menulis tapi masa dah suntuk, ada 'tugasan diri' nak dibuat pula..mg diri ini dipermudahkan..



mudah-mudahan walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, tapi moga sentiasa menjadikan hari-hari yang berlalu sebagai madrasah tarbiah kita.Mudah-mudahan kita tidak kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan..amin ya robbal'alamin..






pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.