Saturday, February 27, 2010

Bukan Sehari tapi selama-lamanya!!!





Rasa x terlambat untuk ana sampaikan apa yang ana mahu coretkan berkenaan Rasulullah S.A.W seperti mana kita tahu semalam yakni 26 feb ialah Maulidurrasul.dan harapnya kita sentiasa menghayati segala perjuangan Nabi Muhammad bukan hanya pada 12 Rabiulawal shj tapi sehari-hari dalam kehidupan kita.Alhamdulillah berkat kesabaran perjuangan Rasulullah S.A.W kita dapat hidup pada hari ini dengan senang lenang dan sentiasa dalam zon selesa.Semua ini adalah bertitik tolak dari perjuangan Rasulullah S.A.W yang sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup dalam menegakkan kalimah
لا اله الا الله محمد رسول الله di atas muka bumi ini yang memang terbukti sebagai salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T . سبحان الله

Namun, dalam pada itu,adakah kita pada masa kini menyedari hakikat pengorbanan dan kasih sayang yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W?? atau kita masih mampu bergembira di atas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T pada hari ini tanpa menyedari apa peranan kita ???
yakni sebagai hamba Allah, khalifah ALLAH dan da'ie yang ditugaskan oleh ALLAH seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W hingga tercapainya zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.


Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah

Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”

Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

((...ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)


Khalifah Allah (Surah Al-Baqarah 2: 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً
...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”

Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah.


Namun, siapakah yang menyebabkan kejatuhan umat Islam ?? x lain dan tidak bukan semuanya adalah kerana kelalaian kita sendiri yang mencintai dunia tanpa mengingati semula apakah tujuan sebenarnya kita diciptakan. Moga kita adalah hati2 yang terpilih yang sentiasa sedar akan hakikat itu walaupun ana akui kita sering kali dilalaikan oleh hal2 keduniaaan yang merupakan rencana yahudi dalam menjatuhkan umat Islam dan Islam .نعوذ بالله من ذلك .
Insya-Allah akan tibanya suatu masa di mana agama Islam sebagai USTAZIATUL 'ALAM dan tertegaknya kalimah ALLAH di atas muka bumi ini dengan izin ALLAH S.W.T .
الله اكبر


Kita sbg umat nabi Muhammad S.A.W dan hamba Allah S.W.T haruslah sentiasa berusaha dalam menggerakkan Islam ke arah itu dan sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat dan bertolong-tolonglah kita di jalan ALLAH.,,sama2lah kita niatkan semoga apa yang kita lakukan adakah semata-mata untuk mendapat keredhaana ALLAH S.W.T.

Moga kita dapat menelusuri kembali perjuangan Rasulullah S.W.T dan bersama-sama menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh tauladan yang terbaik dalam hidup kita..Insya-ALLAH.

Dipetk dari buku yang ana baca.
Apabila kita berusaha keras mengenal dan mengamalkan peribadi Rasulullah, insya-Allah kita akan mendapat hasil dan manfaatnya dengan cepat :

1) hidup menjadi lebih baik dan indah
2) hidup menjadi lebih mulia dan dihormati
3) hidup lebih disukai dan disayangi orang lain
4) hidup akan lebih berprestasi
4) dicintai ALLAH dan RASUL-NYA.
5) Insya-Allah akan dimasukkan ke syurga Allah S.W.T.

apa yang ana coretkan ini juga ditujukan buat ana juga dan moga kita sentiasa melaksanakan tuntutan yang ditaklifkan.

KISAH

Dalam sebuah kisah Jabir bin Samurah melaporkan, " Aku melihat Nabi Muhammad di suatu malam yang berbulan purnama. Waktu itu beliau memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara beliau dengan rembulan, ternyata beliau lebih indah dari rembulan." (Hadis Riwayat Tarmizi)

SUBHANALLAH!!

No comments:

Post a Comment

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.