Tuesday, February 23, 2010

Hari-hari ku ...



بسم الله الرحمن الرحيم

salam perjuangan pada sahabat sekalian..

hmmm...rasa dah lama x buka blog.baru lagi di sini.lupa seketika rasanya ..sekarang ni minggu peperiksaan ..memang menguji ketabahan diri utk mengulang kaji pelajaran..moga diri ini diberi kekuatan daripada ALLAH S.W.T...doakan yang terbaik buat diri ini..

Lately,,banyak betul soalan yang bermain dalam diri dan sahabat2 dan memerlukan ketekunan dalam mencari jawapan pada persoalan2 tersebut.x mudah kerana segala fakta memerlukan rujukan agar tidak terpesong.takut pulak terlalu berpaksikan akal semata-mata.ada juga buku2 yang baru dibeli.mg diberi kesempatan menghabiskan buku tersebut..banyak lagi ilmu yang tidak tergapai rasanya.Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas.

" Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan ( menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa , Maha Bijaksana."

(Surah Luqman 31 : 27 )

tp insya-Allah setiap dari kita berterusan diberikan kefahaman yang bertambah-tambah apatah lagi berkaitan agama Islam agar setiap kita terus terpelihara dengn rahmat ALLAH S.W.T.AMIN.insya-Allah..

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
:


(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

moga kita dapat menimba ilmu dan memperoleh kefahaman menerusi mata hati . Seterusnya memandang apa di sekeliling kita dengan mata hati, bukan yang zohir semata-mata.


Memahami dengan hati (Surah Al-A’raf 7: 179)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.

Dicoretkan di sini jgak bahawa PERJUANGAN ITU TIDAK MUDAH dan menuntut tadhiah (pengorbanan ) yang tinggi.Bak kata akak2 di apium : tarbiyah itu susah ,namun sabar itu indah..

mg beroleh kemanisan dalam setiap perjuangan yang dilalui.

wassalam.

2 comments:

  1. salam. kak aimi ni..:)
    ~fastaqim kama umirta~
    bagus blog ni. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..x da pe pon kak aimi..perkongsian sdikit cuma..mg kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat~amin

    ReplyDelete

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.