Friday, November 8, 2013

going back to kota metropolitan

bismillah..:-)  alhamdulillah.. segala pujian dan syukur atas ap jua nikmat yang dikurnialan..  xda apa nk ceritakan,.. tapi semalam mcm biasa kami sekeluarga keluarga pergi jalan dan makan2 kat luar. xda nak shopping ap sgt pon sebenarnya.. just cuci mata n bg exercise kaki sikit ;) tu lah aktiviti keluaga kami bila semua atau hampir semua berkumpul di rumah. sejak mak xda, cam tu lah. balik ni rasa teringt jg pada arwah mak. mg arwah mak berbhagia dan dtempatkan bersama org soleh. rasa mcm baru je, tp dah setahun lebih masa berlalu. dan semuanya agk berubh. bgaimana diri mengurus kehidupan, perasaan dan sebagainya. semuanya bagai tersembunyi seribu satu hikmah yang mgkin banyak lagi tiada tersingkap.. ap2 pun moga hidup dapt diteruskan dlm menggapai keredhaan Allah dan perbaiki diri itu perlu ad sepanjang waktu.. acapkai diri kita dlm kelalaian kan? n jgan lupa hargai perasaan org tersayang yg masih ada, especially mak dan ayah. sbb tu lepas mak xda, klu ad kawan ada cerita something sal mak dan ayah, pesanan sy jgn trlalu sibuk dengan sesuatu komimen hinggakan ibu dan ayah dilupakan. ingat ye :) saya pun masih ad ayh yang kena jaga, jom kita cuba sedaya upaya menjadi anak yang soleh dan solehah.. walupun kadang2 diakui mudah dituturkan drpd melakukan. tp jom berusaha yuk! mlm ni bakal bertolak ke kl dgn kaklong tercinta. balik ni ada bbrapa ujian dan test.. rasanya dalm 4@5 paper.. dan juga pembentangan. doa sangat dipermudahkan dan dapat kumpul kekuatan utk ot (overtime)study.. huhu.. biiznillah. cuba kuatkan semangat dan menghargai belajar dalam kos pengajian ISLAM dan sains. Alhamdulillah dapat meneruskan 2 bidang pengjian dan beroleh ilmu dalam kedua dua bidang. namun diri masih perlu banyak berusaha.. masih ada 4 sem termasuk sem sekarang. perlu lebih banyak usaha dan pemantapan jua penguasaan ilmu. mohon doanya ya. Moga ALLAH redha kita. amin.. :-)hasil nukilan 9nov'13@1:28pm@jitrahome

Thursday, November 7, 2013

ALHAMDULILLAH A'LA KULLI HAL..


Sekarang bakal berakhir cuti pertengahan Sem 1 ataupun sem 5, dan lepas ni akan bertambah sibuk dengan komitmen study. Cuak memandangkan akan berhadapan beberapa mid sem test. Harap dapat do well nanti dan dapat berusaha lebih keras untuk memastikan dapat keputusan peperiksaan yang lebih baik.

Saja meletakkan gambar berkenaan hadis NIAT itu. Sebenarnya untuk peringatan diri sendiri dalam apa jua perkara yang dilakukan terutama dalam nak mengambil semangat untuk belajar bersungguh- sungguh. Memang tak dapat dinafikan kadang- kadang rasa terlalu banyak komitmen yang diperlukan, namun mengharapkan kekuatan dan pertolongan dari Allah, moga Allah memudahkan urusan saya dan anda semua dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Hari ini hari Jumaat dah, dan insya- Allah esok malam akan bertolak kembali ke Kuala Lumpur untuk masuk balik pengajian lepas cuti pertengahan semester. Cepat je masa berlalu kan? Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

to be continue,,

# actually, pagi ni tersilap delete post yang pernah dipublishkan. Sob3.. :( Kesilapan teknikal.

At home in Jitra, 10:27 pagi, 8 November 2013.




Tuesday, March 15, 2011

ketenangan hati..payahnya digapai

acap kali diuji ,dah mudah melatah...apakah kamu mengira kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji...Kuatkah kala di uji..serabut fikiran,,apa harus dilakukan..mengadu lah kepada-Nya..kuatkan hati ini..tak mampu menahan apabila diri ini sudah mengeluh..x kuat langsung utk diuji padahal bercita-cita tinggi utk menjadi orang bersabar,,baru kecil di uji,,sudah bergelora kesabaran dan keimanan..kuatkan Ya Allah..

Thursday, March 10, 2011

sTatUs BloG : KtaBahaN+KeTahAnaN=ReSipi KeJAyaAn


assalam..

alhamdulillah atas kesempatan dan nikmat yang dianugerahkan buat hamba-Nya...semoga semoga pengalaman manis dan pahit memberi sejuta satu makna buat diri seorang hamba yang cuba mengejar Redha Ilahi..KEKUATAN DARI ALLAH,acap kali diri ini seolah-olah melupakan ayat yang selalu dinukilkan..

ApA PeRkOngSiaN kALi INi???.
  • jaulah KLCC sesama sahabat APIDS
  • turut serta dalam aktiviti dakwah lapangan 
Satu pengalaman yang baru dapat join program ke lapangan masyarakat .turut disertai wani, kauthar dan shafiqah. kami dibahagikan kumpulan dan kemudian mendekati pelbagai golongan masyarakat di sekitar Masji as-Syakirin. A good experience dan berkenalan juga dengan saudari Sary Anderson, seorang wanita Indonesia yang sedang bercuti dengan keluarganya. Dan tidak dilupakan, turun padang di beberapa lokasi homeless dan golongan pinggiran. Kehadiran peserta yang mendekati golongan pinggiran sebenarnya memberi pengalaman yang menarik dan medalami perasaan mereka di Chow Kit.
  • kesibukan persediaan MALAM EMAS PASUM
Peluang menjadi anak buah biro Protokol gave me a thousands of memory dan pengalaman baru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sangat bez bekerja dengan sahabat PASUM dan APIDS. Tahniah buat dulang girl, shi, wani dan Hadi khususnya dan JKP dan sahabat PASUM. nIce To Be With All Of u..

PrOGram Icon Di NiLam PuRI


hm..sekarang juga tengah berlangsung program icon kat np.maaf x dapat pergi.nak g juga. dgr kata ada sembelihan.tp ada musyaqqah juga. Moga sahabat NP dapat manfaat dan pengalamn manis sebelum berakhir stadi di Np. Buat afiqah razali, sori deh x dapat g,thanks tnya dan jg buat rois..semoga ukhuwah kita diteruskan di KL ya sahabat..Doakan kami semua utk exam. titipan doa jgn dilupakan.(",)



PePErAnGAN DAlaM DIRi !!

fiNal ExAm Is AroUND Me!!

Segala kesibukan semakin hilang. Tiba masa pula untuk fokus pada pelajaran.Hanya 3 minggu lagi exam.hm..cuak juga. Adik2 PASUM dan x ketinggalan sahabat APIDS telah mengasah peralatan perang(",)..Aku perlu turut berjuang kadang2 semangat ini turun naik..mungkin Allah nak tengok sejauh mana hamba-Nya bertawakal kan.FAiza azamta fatawakkal a'lallah.sob2.

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN!! Doakan kejayaan kita bersama..mg di saat kita menadah tangan, kita tidak lupa untuk mendoakan sahabat2.

Kepada sahabat Apids selamat berjaya dan doakan kami yer.syukron kepada sahabat yang banayk membantu shafiqah,awie,shi,wani ku (",) dan sume2 yang banyk membantu,doakan kami terus kuat berjuang walau banyak kelemahan...moga kalian berjaya di dunia dan akhirat.
amin~

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA!!



* maaf klu terlebih panjang atau pendek. Ikut hati, mahu panjang lagi.tapi takut boring pula..(",)..(bak kata zawani)

Akhir kata, salam perjuangan !!
assalam.

Wednesday, February 2, 2011

KEmaTiaN yaNg DatAng MenYapa..aDaB ZiaRaH..


assalam sahabat,,

sedikit perkongsian sebelum malam melabuhkan tirainya. Hari ni tok cik yakni adik kepada tok sebelah ayah telah kembali ke pangkuan Ilahi. Moga Allah merahmati rohnya tok cik dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.sempat aku berkunjung tadi di Jabi bersama mak, Tiah dan Lang dan mengingatkan kematian yang datang menjemput kita. Moga di kala itu kita persiapkan diri kita dengan amalan-amalan soleh sebagai bekalan....sedikit info, dari INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

MENZIARAHI KEMATIAN/JENAZAH.

Umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan bersabar menghadapi ketentuan Ilahi.

al-Imam Syafie menjelaskan bahawa sunat memberi ucapan takziah kepada kaum kerabat si mati, ahlinya yang tua san yang muda, lelaki dan perempuan. Tetapi bagi perempuan yang muda tidak sunat diberi ucap takziah, kecuali oleh saudara yang diharamkan nikah dengannya(mahramnya).

LAFAZ TAKZIAH

sunat kita mengucapkan ucapan takziah yang membawa maksud :

" semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang berganda, mengelokkan kelembutan hatimu, dan mengampunkan orang yang mati daripada kalangan kamu."

WAKTU TAKZIAH

^^ setelah meninggal sehinggalah dikebumikan

^^ setelah dikebumikan sehinggalah tiga hari. selepas itu makruh mengucapkan takziah

^^ Imam Syafie berpendapat bahawa takziah sebelum dikebumikan dan sesudahnya adalah diharuskan tetapi selepas dikebumikan adalah afdhal

~fastabiqul khoirot~

assalam

Tuesday, February 1, 2011

3 perkara uji kesabaran

Assalam..mahu meneruskan titipan perkongsian pengalaman di blog yang sudah usang yang lama tidak ku sentuh di laman yang penuh sesawang ini..(",)
      
alhamdulillah sudah rasa tidak terhitung nikmat yang dikurniakan Allah buat diriku..segala syukur dipanjatkan..alang2 sudah lama tidak ku menulis,sekadar perkongsian selama mana aku tidak menulis banyak perkara yang aku kongsikan di mana aku ditarbiyah Allah secara langsung,,tapi mungkin ia tidaklah seberat penderitaan sahabat-sahabat di luar sana.

MISTERI KEHILANGAN DOMPET
 Peristiwa pertama di mana dompetku di bumi Kelantan tika mengadakan program Raudhah bersama-sama adik2.Aku pun tidak mendengar khabar berita tentang dompet itu,,namun kehilangan dompetku itu membuatkan ku mendapat satu tarbiyah ketika tiada duit ..hal ini lantaran kelewatan ku khabarkan kepada mak ku.kerana cuak.Namun pengalaman itu membuatkan aku mendapat pengalaman dan ilmu baru dan menguji kesabaran.bak kata ustaz amir,,pengalaman itu pun satu ilmu.klu tidak aku tak kan tahu apa tindakan patut aku buat jikalau masalah sama berlaku pada sesiapa jua. Terima kasih kepada kak im dan  kak adah yang membantuku ,biiznillah.

KEHILANGAN TOK KU TERCINTA.
tanggal 21 Disember tok ku , allahyarhamah Bedah Binti Mustafa telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ku doakan moga Allah menempatkan tok bersama golongan soleh-solehah dan dicucuri rahmat. Sebelum tok menghembuskan nafas, aku selamat sampai di Kedah dan melihat tok di ICU,KMC. Namun, aku tidak sempat bercakap dengan tokku kerana keadaannya yang kritikal. Dan aku sendiri memang tak menduga keadaan tok sedemikian rupa......sayangi lah dan hargailah mereka yang masih berada di sisi kita,,,Insya-Allah.

LAPTOP YANG ROSAK LAGI.
laptop yang kuduga masih panjang umurnya tiba-tiba tak dapat berfungsi, Alangkah susahnya hati sedangkan laptop itu baru dirawat di kedah sebelum aku memulakan sem baru,,tapi hati terpaksalah bersabar. kerosakan laptop yang berlaku sebenarnya tak dirawat dengan segera lantaran kegawatan ekonomi..(biasiswa tak masuk lagi)(".) hampir dua minggu aku memerap laptop itu di dalam beg sehingga lah tiba masa pulang ke kedah.(",)
sekarang laptop itu bakal dirawat,,mg ia cepat sembuh dan dapat digunakan lagi.amin~

rasa itu sahaja dapat dikongsikan.ahad ini akan kembali ke kl..sebelum pulang,menanti juga kenduri arwah tok Jumaat ini..moga aku juga dapat meningkatkan amal dan bekalan diri sebelum nyawa dicabut kembali oleh Dia Yang Berkuasa.

~fastabiqul khoirat~

assalam...

let us be the Ghuraba'

Saturday, November 13, 2010

perjalanan hari ini..13 NOV 2010



salam buat sahabat sekalian..rasa hendak berkongsi sesuatu..





hari lahir sahabatku..syu


alhamdulillah ..hari ini merupakan hari lahir sahabatku noorsyuhahadah binti mohd ibrahim.mg Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya buat syu..moga terbaik syu dalam kita meraih redha-Nya..amin~








perasaan..(bukan perasan)


ha..hari ni tolong mak sikitk keja kat rumah..maap mak noh apa2 yang kurang..cik akan terus berusaha(",)..raya haji kali ni x tau nak rasa ap,tp alhamdulillah kaklong pon nak blik kedah.abang ja x balik.gheja elok2 noh abang..








p tempat bersejarah,sbpikp


Sebenaqnya nak share pasal kesempatan dapat p sekolah ari nie..x pa noh loghat kedah pekat sikit..baghu puas..he.





alhamdulillah td dalam kol 2 petang lebih p uum , amik adik n then p sek..nie yang bez walau p sat ja..p plak waktu ari sabtu, mana nak jumpa sap..huhu.tp alhamdulillah..hajat adik p sekolah nak jumpa adik dorm yakni farah afina..sebelum tu adik dah tepon ustazah jailah nak mai ziarah sat, tepon cikgu saidah x dapat plak..tp harap kita jumpa nant ya cikgu.insya-Allah.








jumpa ustazah jailah mambong


sampai kat sekolah terus p umah ustazah kat kuarters guru..tengok sekolah x banyak berubah selain pak cik guard yang dah tukaq orang(",)..kat depan tu dah semakin membangun lepas hutan2 kat depan tu menghembuskan nafas terakhir,kesian gak kat monyet2..sabaq noh,,itulah tangan manusia..rasa gembira dapat jumpa masuk ustazah jailah mambong..didikan beliau dulu masih tersemat di hati..lepas kami beerdua salam ngn ustazah,masing2 berkongsi.tanya jugak ustazah macam mana sekolah sekarang..





cuma yang dapat ku sematkan pesan ustazah, lepas kita dah blajaq meh kita wat something tok sumbang kat sekolah..buat perkongsian ngn adik2 ka..agar depa nampak cabaran besaq lagi masa depan n behave themselves well..bukan pas sekolah,buat reunion ja..tapi wat something yang dapat menyumbang kepada pembentukan diri adik2 junior..hm.terasa juga,balik cuti ni x plan pa2 pun..maaf ustazah.mg nnt kami dan sahabat2 len sempat wat program tok adik2 especially tok membantu guru2 semaikan akhlak yang baik dalam diri semua.nak dekat sejam gak dok kat umah ustazah,pastu kami pon minx izin ustazah utk berundur diri..almaklumlah ayah dah tunggu..nak drive sendiri, ayah x bagi..x pa 2x.ada hikmahnya..(";)





adik2 juniorku..


waktu nak on the way nak p kat keta, keluarlah adik2 dari asrama nak p musolla,alhamdulillah sempat jumpa adik2 juniorku yang skang sudah membesar menjadi form 5..he..jumpa hasanah,chik,nang,saadah, n len2..maap x dapat nak tulis suma..suma dah nak amek SPM, wat elok2 yer,,kakak n kak adik doakan yang terbaik,mg kalian dipermudahkan Allah..amin~











jumpa cikgu rizalman


jumpa cikgu add math yang pernah mengajarku form 4 n form 5..cikgu seorAng yang academician.banyak yang disoalku mengenai akademik, terutama tentang APIDS..panjang ceritanya cikgu..tanya plak lepas nie gheja apa..payah ku nak jawab..yang senang ku jawab pegawai sains walau ada perubahan sikit courseku ni compare hok batch atas ku (",) . dalam hatiku, dah macam2 pikir tapi moga Allah memudahkan jalan ini..aku harus lebih pulon kali nie..insya-Allah..tiada dayaku dengan izin ALLAH jua..tapi ku harap doa cikgu terus mengiringi langkah anak2 didikmu...Teima kasih cikgu,,sempat ku ucapkan pada cikgu before berlepas pulang(",)





x lupa juga kepada semua guru2ku yang telah banyak mendidikku,,hanya Allah dapat membalas jasa kalian..doakan kami sume anak didikmu..








hm..rasa ada g nak dicoretkan,tapi moleknya ku berhenti dahulu..almaklumlah menumpang laptop adik..tq dik..sori no..sabaq sat ngan kakak..ok, doakan kita suma..MOGA KITA SAMA2 CARI REDHA ALLAH..


Monday, November 8, 2010

Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

SeCoReT PENUliSAn BuAt tAtApAn..


alhamdulillah,dapat sampai jitra dengan selamat hari ini..syukur,,ari ni sempat beli surat khabar setelah sekian lamanya..penting juga utk tau isu semasa,,,kan?cm kadang2 x curi kesempatan ja.minggu exam selama 2 mggu telah berlalu ,,hanya bertawakal kepada Allah walaupun agak terrujiwaktu nak menjawabnya..mg dapat redha di saat dapat nanti.sem 2 pun dah x lama dah.mg ia lebih baik dari sem 1,kena pulon lagi.


dalam 2 minggi terasa lapang kerana dah berakhir exam tapi moga dapat manfaatkan masa yang ada,banyak nak dicoretkan tapi x sempat ja n x bajet pon masa,alhamdulillah hari tu dapat jumpa sahabat np n bertanya khabar walaupun hanya melalui telefon dan mesej.mg ukhuwwah kita mendapat redha-NYA.insya-Allah.

tiba2 blur nak kongsi per g tapi jom sama2 kita manfaatkan masa kita..Insya-Allah..

Wednesday, September 15, 2010

dua tiga perenggan coretan....

assalamuailaikum..sedikit coretAN dan perkongsian setelah berakhirnya RAMADHAN KAREEM dan menjelang beredar perginya Syawal..




cuti 2 minggu rasanya hampir berlalu pergi..masa yang ada alhamdulillah dapat diluangkan untuk berkunjung-kunjungan dengan sahabat handai dan keluarga (walau x ramai pon) di samping cuba menyelesaikan tugasan yang masih berbaki.memang diakui cabaran tetap ada tapi kesempatan yang masih ada sebelum pulang ke KL dapat dimanfaatkan.







gambar ini ketika beberapa orang sahabat SBPIKP datang beraya ..syukron kepada sahabat yang sudi datang beraya..
(aqmar,khod,wan nabilah,aliyah,arliza, mat tau, lokman dan harifadilah)



















gambar nie pula ketika tangkap gambar beramai2 ketika berkunjung ke rumah terbuka Madam Faridah dan juga Aliyyah.





kaklong n abang pon alhamdulillah dah selamat sampai di KL.semoga terus bekerja dengan cemerlang dengan izin ALLAH. Moga ALLAH sentiasa melimpahkan kurniakan petunjuk, taufiq dan hidayah-NYA buat kita 5 adik-beradik. kepada sahabat APIDS , moga kita dapat terus berjuang menuntut ilmu di PASUM yang mencabar(",) harap dapat bantu ana juga yer sahabat.doakan tok ana sembuh dan sihat juga,,amin~

tangan ini rasa banyak lagi nak menulis tapi masa dah suntuk, ada 'tugasan diri' nak dibuat pula..mg diri ini dipermudahkan..



mudah-mudahan walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, tapi moga sentiasa menjadikan hari-hari yang berlalu sebagai madrasah tarbiah kita.Mudah-mudahan kita tidak kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan..amin ya robbal'alamin..






Saturday, September 4, 2010

salam..

lama sudah tangan nie nak menulis ..tp tiada kesempatan plus laptop yang bru masuk i.c.u utk diperbaiki,,mcm terok jer rosak..tp mak jgn marah noh..(",)

alhamdulillah dengan izin Allah,dapat sampai umah di kedah dengan selamat..kemaren g umah tok terus di kampung bemban .alhamdulillah tok pun dah mulai bertambah sihat walaupun nampak muka sedikit cengkung..mg tok terus diberi kekuatan..amin~
alhamdulillah mak ngan ayah pon shat blako...

ramadhan kali ini hampir berlalu,mg kita semua dapat memenfaatkannya.insya-Allah.terasa kejap jer kan,,kat jitra nie pon dah nmpak sumer smgat nk sambut raya..tp mg amal kita sentiasa dipertingkatkan menjelag titik akhir ramadhan kareem ini..dan sama2 kita doakan agar kita terus istiqamah dengan amalan walau berakhir ramadhan nant,,amin~

nie nak citer pengalaman sikit berpuasa tahun nie di kl..totally different from having ramadhan in Kelantan..
at first sedih gak,,teringat tahun lepas dok giat urus MURSYID ngn sahabat perjuangn di NP..tp lama2 tu ,rasai kemanisannya juga walau di UMkL..slalu travel kolej lain utk solat terawih,,di KK 12 rasa tenang juga, cuma terlalu ramai manusia..(",)almaklumlah ramai student asasi n degree juga.sokmo ada pengisian dari pelbagai pihak dalam bulan Ramadhan ini..
alhamdulillah dalam dok sibuk2 stadi n exam, Allah beri kelapangan utk hadiri majlis ilmu tersbeut yang diadakan selepas solat terawih ,,ada yang dianjurkan dari KK12,KK11,KK5,API dan ketinggalan PMIUM..kebanyakan program yang ditawarkan alhamdulillah ada inputnya yang tersendiri.
Mg diri ini dapat memanfaatkannya.insya-Allah.Ada jga program bersama IMAM MUDA ASHRAF yang totally menjdi tarikan sebahagian sahabat2 yang dianjurkan PMIUM DAN PMAPIUM (klu x slap) .dan pada hari yang sama juga, ada program iftor bersama kaki dan tangan dan pelajar ASIS (",)..


Dalam Ramadhan ini juga,alhamdulillah ada kesempatan mengikuti program S.P.I.E.S anjuran kerajaan selangor..memang best dan pendekatan yang menarik plus touching dalam menyampaikan mesej program..Pengendali program ini antaranya kak mas dan kak waide menekankan how we want to shape ourselves like RASULULLAH S.A.W di samping untuk memperlihatkan kemanisan ISLAM melalui akhlak kita di samping objektif2 lain yang mahu diketenangahkan oleh kerajaan Selangor. Prgram yang dijalankan satu hari setengah itu sangatlah istimewanya melalui slot2 yang diadakan ,selain dari tempat penginapannya yang dikira mewah,, amat beruntunglah kami..

ALHAMDULILLAH...banyak lagi rasanya input yang ingin dikongsi tapi setakat itu yang mampu ana nukilkan..


BACK to study,macam biasa langkah sentiasa perlu digerakkan walau menuntut 1001 semangat dan komitmen yang tinggi terutama nak dekat2 raya nie,.takut terlalu bahagia sangat pula..(",). tiada daya diri ini kecuali dengan izin Allah jua.
Pesan kak hasimah kepada ana "LETAKKAN PERGANTUNGAN TINGGI KEPADA ALLAH".Syukron kak, insya-Allah..


Setakat itu coretan buat kali ini. Selamat berjuang dalam hari2 mendatang..mg kita tidak tewas.mg bersua lagi.Selamat beramal pada hari2 terakhir ramadhan nie.huhu..

Doakan kita SUKSES DALAM BERAMAL,dengan izin ALLAH.amin~

Tuesday, July 20, 2010

SALAM PERJUANGAN !!

setelah lama x menulis di laman ini,ras nak curi jgak sikit masa nie utk tulis blog..hm..di sebalik kesibukan sebagai pelajar di PASUM yang tutorial nya menntut kerajinan yang 100% percent walau tahu diri x da lah up sampai gitu..tp mg Allah memberkati diri ini di sebalik kelemahan yang ada..teruskan langkah walau langkahan yang kecil pada mulanya kan....mg ia menghasilkan impak yang lebih besar..

PERKONGSIAN TERKINI.

lately memang sebok dengan tanggungjawab yang ada terutama sebagai pelajar..kadang2 gagal jg utk stadi spt dirancang tp mgkin ia ada hikmahnya n yang penting terus berusaha kan..mg ALLAH memandang usahaku ini..huhu..shabat2 apids pon ramai yang x shat..sume dah selsema n pening2..mgkin ini ujian dari ALLAH ..mg kami masih dapat tautkan hati kepada ALLAH dengan sentiasa mengingatin-Nya insya-Allah..

hm..nak citer per g yer..haa...mggu nie dah nak blik kampung yakni ke Kedah SEJAHTERA.(",)..x sabar gak nak balik sabtu nie.alhamdulillah ada teman seperjalanan dengan lin.mg sumer slamat blik ke rumah untk bersua ngn famili masing2 n bantu apa yang patut...mak tunggu cek na ..(",)..ayah jgak... x lupa jg mg dapat teruskan stadi..exam dah dekat.Harap niat BELAJAR KERANA ALLAH terus ditetapkan dan diistiqamahkan dalam hati..mg dengn ilmu tersebut,kami lebih dekat dengan-Mu..amin~

hm..dah nak abis kot tulis...tp jap nak citer,,(",)
shbt2 nilam puri tgh cuti,,,cam bez jer..minah ngn taqwa sempat tepon n on9 jer,tp harap ukhuwwah kita terus berkekalan ...jg shabt2 yang lain di np dan x lupa apids..d np,teruskan perjuangn yer,..mg kalian diberkahi ALLAH.amin~buat taqwa n minah.mg kita dapat bersua nant yer,,doakan saya belajar molek2 deh..skang dah x leh relax2..mg taqwa n minah pon sukses....yang tu jer kot yang dapat dinukilkan ..skang dah 4.35ptg.....ok...masa perlu dikejar.

buat sekalian sahabat,MOGA SETIAP DARI KITA BEROLEH REDHA-NYA DAN USAHA UNTUK MERAIH CINTA-NYA PERLU DILIPATKAN GANDAKAN.MG KITA X TERLALAI DAN LUPA DARI MELAKSANAKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB YANG DITAKLIFKAN..MOGA HATI KITA SENTIASA HIDUP DENGAN PETUNJUK, TAUFIQ DAN HIDAYAH-NYA...TERus berjUang...sekian..



Monday, May 10, 2010

sekiaN lAmA...


assalamualaikum..

lama benar x menulis blog,,sebenarnya dah banyak kali berkobar-kobar nak tulis blog,tapi sokmo terbantut..

alhamdulillah ,tercapai jgk skg.x banyak nak tulis tapi sekadar coretan diri ini.

hari terakhir di kelantan yakni pada 6 mei..dan malam tu kami ( lin, adik n ana) balik ke kedah..1st time blik nek bas shamisa holiday..cuak gak..slalunya nek trans.tp disebabkan keterlewatan beli tiket trans, nek lah bas shamisa holiday..alhamdulillah selamat sampai.naseb bek x silap bas.pak cik aziz tolong tengokkan bas,,tq pak cik..ada rezeki ,jumpa g deh..


sebelum blik kedah, ada hajat nak g umah ayah ngn mek (ayah n mak angkat) di jeli..tapi tiada kesempatan..cuma sempat tepon mek sebelom balik kedah n minx maap x sempat g sana..insya-Allah ada rezeki.nak g sungai gak ngn zati..tapi x tahu lah bilanya..entah2 dah x da sungai tu nanti.(",)doa2 lah. maaf yer mek dan ayah ,moga hubungan yang terjalin berkekalan..bez juga g jeli,cuma jauh sangat.('',) rumah kak wana pon x sempat sebab x der sapa nak drive ..wat cam na lesen x dapat g..kena usaha keras lagi..chayok2x.moga dipermudahkan nanti setelah sekian kalinya..Ya Allah, permudahkanlah hamba-Mu ini..

moga diberi kekuatan..


alhamdulillah , skang dok rumah..bahagia tu bahagia jgk..cma harap diri ini dapat manfaatkan masa yang ada sebaiknya..doakan jg diri ini dalam beribadat kpada ALLAH S.W.T..semua itu menuntut pengorbanan diri..dalam buku ' Bawa Hatimu Kepada Tuhan', katanya kita kena kuat untuk berpisah dengan kejahatan.selalunya kita lebih mudah buat sesuatu perkara yang x mudah bag kita dalam konteks beribadat kepada ALLAH. Di samping itu, kita harus mencari kemuliaan dengan mentaati Allah S.W.T. insya-Allah. sama2 kita kuat mcm harimau untuk terus berusaha beramal dalam mencari redha-Nya.


Kemuliaan terbina hasil gerak kerja membina amal takwa.Mahkota kemuliaan lambat laun akan dipakai bila mana kita redha berjubahkan ketaqwaan.Orang yang bersunggguh memelihara taqwa, pasti akan dkurniai kemuliaan berganda. KEMULIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. ihfazillah yahfazuk! (peliharalah hak2 ALLAH , pasti Allah akan menjaga dan memelihara kamu) -dipetik dari buku B.H.K.T.=



sEkAdar RenUnGAn BersAma..


yAkinLAh KeJAyaAn , KebaHAGiaN,KeSusaHan , keSeNanGAn DaN keGaGAlAN DaTAng DarI ALLAH,

ApabiLa UmaT mUla YAkin sEgAla MaSalah dENgN AkaL fIkIrAnnYA, MAKA pertolongan ALLAH akan terpiSaH dAripAdanya..

wallahhua'lam


moga hati kita sentiasa di bawah jagaan-Nya dan semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati kita untuk terus berada di jalan-Nya..mg saat itu,kita mampu menelusuri perjalanan yang panjang dan berduri itu semata-mata kerana ALLAH S.W.T .

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI..

jadilah kami mukmin yang sentiasa bersyukur kepada-MU di saat kami menerima nikmat dari-Mu dan bersabar di saat kami diuji..insya-Allah dengan izin-Mu ,Ya Rohman..


amin~~


Thursday, April 8, 2010





assalamualaikum..
video ni di beri daripada sahabt ana..tp ana lampirkan di sini.
hrapannya harap kita boleh menghayati apa yang ingin di sampaikan..
mg kita dapat membawa hati2 kita kpd ALLAH S.W.T.
walaupun ada kalanya ada jatuh dan bangunnya dalam mendekat diri kepada ALLAH dan dalam meraih redha-Nya,termasok ana..

semoga redha Allah bersama kita dan Allah memudahkan dlm setiap langkah kita.Amin~
kami memohon kepada-Mu ya ALLAh.

Wednesday, March 31, 2010




Salam sahabat perjuangn..

hm..ini mungkin sekadar coretan..
dah lama x update bog nieh..cian kat dia..
sabar deh,,esok diri ini bakal pulang kelantan..
x tau la cam na exam nant..
hm..sTaDi????hm..payah nak cakap..
tp harap once sampai kat kLanTan dpaT tErusKan PerjUANgN..
Lagi 2 paPer Jah..HUHU..tp JaH tu AMAT MENGGUGAT JIWA ini..
ISH..mest takut kan dengaq..Wat cam na..
tRAUma gaK nie..astaqfirullahhala'zim..
trok tol kan diri ini..DON'T tRY THIS ACTION ERK.

ha..adik kat MAtrik tu gUd Luck yer..
kak pon doaKn ADIK..huhu.
macam la kakak ni x peksa..
tp hope kita SUKSES..amin~
Bagitu Juga sahAbat PerJuanGan..BittAUfiQ WaaN naJAH

sue..mu dok wat gapo skg nie..???adib,BaShi,n yang len mesti tgh sTadi,,
hm..ap2 pon, harap diri ini gunakan masa ngn baik..
nie lah antara nikmat yang slalu dilupakan kan..lagi satu padia????..
mesti lah nikmat kesihatan..
sm2 lah kita mensYukuri nikmaT yang di KurNIaKAN ALLAH S.W.T...
ALHAMDULILLAH..syukur pada-mu ya ALLAH.

ni x seDaq Diri g ..Esok dah Nak bAlik..INSYA-allaH slaMat SamPai..
mOga Diri ini dirahmati ALLAH sokmo ..x lupa jaga kepada semua ahli keluarga tersayang..mak , ayah ,abang , kak an ,kak long ,adik , kimi, sahabat2 ,tok tersayang dan semua yang x dapat disenaraikan di sini..insya-Allah..

OK Lah yEr..nak Wat kEja LAGi NIE..esok dOK kat BUS...x tau la nak WAt pa ..Kan bez klu dalm bas tu cam umah ,,IMPIAN YANG X TERCAPAI..Sapa nak reka tu semua..

ok lah yer shabt,,mg kita sentiasa terpelihara degn rahmat dan kasih sayng ALLAH.mOga HATI2 kita terjaga dek petunjuk,taufiq dan Hidayah ALLAH S.W.T.
amin~

mak, ayah doa cik na..ngn adik skli..ngn anak2 mak ayah..semga kami dapat terus merubah diri ini menjadi anak yang soleh-solehah walau ada banyak g kekurangn..YA ALLAH , BANTULAH KAMI MENJADI ANAK YG SOLEH-SOLEHAH..x lupa jga menjadi hamba yang mentaati Perintah-Mu Ya ALLAH..

Saturday, February 27, 2010

Bukan Sehari tapi selama-lamanya!!!





Rasa x terlambat untuk ana sampaikan apa yang ana mahu coretkan berkenaan Rasulullah S.A.W seperti mana kita tahu semalam yakni 26 feb ialah Maulidurrasul.dan harapnya kita sentiasa menghayati segala perjuangan Nabi Muhammad bukan hanya pada 12 Rabiulawal shj tapi sehari-hari dalam kehidupan kita.Alhamdulillah berkat kesabaran perjuangan Rasulullah S.A.W kita dapat hidup pada hari ini dengan senang lenang dan sentiasa dalam zon selesa.Semua ini adalah bertitik tolak dari perjuangan Rasulullah S.A.W yang sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup dalam menegakkan kalimah
لا اله الا الله محمد رسول الله di atas muka bumi ini yang memang terbukti sebagai salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T . سبحان الله

Namun, dalam pada itu,adakah kita pada masa kini menyedari hakikat pengorbanan dan kasih sayang yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W?? atau kita masih mampu bergembira di atas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T pada hari ini tanpa menyedari apa peranan kita ???
yakni sebagai hamba Allah, khalifah ALLAH dan da'ie yang ditugaskan oleh ALLAH seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W hingga tercapainya zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.


Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah

Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”

Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

((...ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)


Khalifah Allah (Surah Al-Baqarah 2: 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً
...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”

Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah.


Namun, siapakah yang menyebabkan kejatuhan umat Islam ?? x lain dan tidak bukan semuanya adalah kerana kelalaian kita sendiri yang mencintai dunia tanpa mengingati semula apakah tujuan sebenarnya kita diciptakan. Moga kita adalah hati2 yang terpilih yang sentiasa sedar akan hakikat itu walaupun ana akui kita sering kali dilalaikan oleh hal2 keduniaaan yang merupakan rencana yahudi dalam menjatuhkan umat Islam dan Islam .نعوذ بالله من ذلك .
Insya-Allah akan tibanya suatu masa di mana agama Islam sebagai USTAZIATUL 'ALAM dan tertegaknya kalimah ALLAH di atas muka bumi ini dengan izin ALLAH S.W.T .
الله اكبر


Kita sbg umat nabi Muhammad S.A.W dan hamba Allah S.W.T haruslah sentiasa berusaha dalam menggerakkan Islam ke arah itu dan sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat dan bertolong-tolonglah kita di jalan ALLAH.,,sama2lah kita niatkan semoga apa yang kita lakukan adakah semata-mata untuk mendapat keredhaana ALLAH S.W.T.

Moga kita dapat menelusuri kembali perjuangan Rasulullah S.W.T dan bersama-sama menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh tauladan yang terbaik dalam hidup kita..Insya-ALLAH.

Dipetk dari buku yang ana baca.
Apabila kita berusaha keras mengenal dan mengamalkan peribadi Rasulullah, insya-Allah kita akan mendapat hasil dan manfaatnya dengan cepat :

1) hidup menjadi lebih baik dan indah
2) hidup menjadi lebih mulia dan dihormati
3) hidup lebih disukai dan disayangi orang lain
4) hidup akan lebih berprestasi
4) dicintai ALLAH dan RASUL-NYA.
5) Insya-Allah akan dimasukkan ke syurga Allah S.W.T.

apa yang ana coretkan ini juga ditujukan buat ana juga dan moga kita sentiasa melaksanakan tuntutan yang ditaklifkan.

KISAH

Dalam sebuah kisah Jabir bin Samurah melaporkan, " Aku melihat Nabi Muhammad di suatu malam yang berbulan purnama. Waktu itu beliau memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara beliau dengan rembulan, ternyata beliau lebih indah dari rembulan." (Hadis Riwayat Tarmizi)

SUBHANALLAH!!

Tuesday, February 23, 2010

Hari-hari ku ...



بسم الله الرحمن الرحيم

salam perjuangan pada sahabat sekalian..

hmmm...rasa dah lama x buka blog.baru lagi di sini.lupa seketika rasanya ..sekarang ni minggu peperiksaan ..memang menguji ketabahan diri utk mengulang kaji pelajaran..moga diri ini diberi kekuatan daripada ALLAH S.W.T...doakan yang terbaik buat diri ini..

Lately,,banyak betul soalan yang bermain dalam diri dan sahabat2 dan memerlukan ketekunan dalam mencari jawapan pada persoalan2 tersebut.x mudah kerana segala fakta memerlukan rujukan agar tidak terpesong.takut pulak terlalu berpaksikan akal semata-mata.ada juga buku2 yang baru dibeli.mg diberi kesempatan menghabiskan buku tersebut..banyak lagi ilmu yang tidak tergapai rasanya.Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas.

" Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan ( menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa , Maha Bijaksana."

(Surah Luqman 31 : 27 )

tp insya-Allah setiap dari kita berterusan diberikan kefahaman yang bertambah-tambah apatah lagi berkaitan agama Islam agar setiap kita terus terpelihara dengn rahmat ALLAH S.W.T.AMIN.insya-Allah..

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
:


(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

moga kita dapat menimba ilmu dan memperoleh kefahaman menerusi mata hati . Seterusnya memandang apa di sekeliling kita dengan mata hati, bukan yang zohir semata-mata.


Memahami dengan hati (Surah Al-A’raf 7: 179)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.

Dicoretkan di sini jgak bahawa PERJUANGAN ITU TIDAK MUDAH dan menuntut tadhiah (pengorbanan ) yang tinggi.Bak kata akak2 di apium : tarbiyah itu susah ,namun sabar itu indah..

mg beroleh kemanisan dalam setiap perjuangan yang dilalui.

wassalam.

Sunday, February 14, 2010

Kuatkah diri ini sendiri ???




Ya Allah, mudah2an apa yang bakal diri ini coretkan sentiasa terpateri dlam diri ni..tidak mudah diri ini rasakan menjadi yang terbaik walaupun utk diri sendiri..esok bakal pulang ke kelantan semula..bakal kembali ke bumi tarbiyah itu semula yang banyak mendidik diriku..mungkin ini coretan biasa,tiada bezanya..cuma sekadar pesanan bersama..juga satu muhasabah diri ini..moga diri kita terpelihara dengan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa ..amin..

Kenapa? Allah MENCIPTAKAN KITA

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
60:56

Keikhlasan dalam segala amal
( وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين )


mga hati2 kita ini terpelihara dalam beribadat kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya godaan syaitan itu amat dekat..diharapkan kita ini termasuk dalam insan2 yang terpilih yang sentiasa diberikan petunuk,taufiq dan hidayah oleh Allah S.W.T.

Rasanya waktu yang paling mencabar ialh tika mana kita sendiri atau berada di tempat masing2 sperti pulang ke kampung...ketika ini ,kita sendiri dapat menilaii diri kita sendiri yang sebenar..ana akui x mudah untuk pertahankan iman ini..tp insya-ALLAH kesedaran dan hidayah darpada ALLAH tidak putus2 untuk mengingatkan diri ini..Syukur Ya Allah, ats kurniaan-Mu hanya pada-Mu ya Allah tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan ..


Alhamdulillah Ya Rahman..ku harapkan apa yang kita lakukan selami ini bukanlah amal semata-mata,,,mg ianya bersama-sama KEFAHAMAN.Kefahaman amat penting supaya hati2 kita ini terus istiqomah dalam beramal..insya-Allah..
Moga kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran..

saat diuji , tabahkan dan kuatkan lah hati kami YA ALLAH ...



Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan , yakin pada ALLAH bukanlah keindahan nikmat, tapi yakin pada ALLAH adalah meletakkan keredhaaan pada setiap ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun sangat perit, di situ air yang menitis terasa amat bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyah Allah, tersirat sejita rahmat dan hikmah,d uji kita sebagai tanda kasih dan sayang-Nya

Saturday, February 13, 2010

assalamualaikum ..mg rahmat Allah sentiasa bersama kita,,dan mg hari ini menjadi hari-hari yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

pesAnan BerSama..

Surah al-Ahzab, ayat 21

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.